MonsterCrew
[color:=yellow][center:][i:][b:]Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting this forum. Enjoy here!!!

Punca ekszos keluarkan bunyi letupan 010[/b:][/i:][/center:][/color:]
MonsterCrew
[color:=yellow][center:][i:][b:]Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting this forum. Enjoy here!!!

Punca ekszos keluarkan bunyi letupan 010[/b:][/i:][/center:][/color:]
MonsterCrew
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
PortalHomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Punca ekszos keluarkan bunyi letupan

Go down 
3 posters
AuthorMessage
AD3R
Administrator
Administrator
AD3R


Male Number of posts : 4748
Age : 39
Location : Japan Island
Car : Kancil Belalang Daihatsu L2s

Punca ekszos keluarkan bunyi letupan Empty
PostSubject: Punca ekszos keluarkan bunyi letupan   Punca ekszos keluarkan bunyi letupan Icon_minitimeWed Jun 24, 2009 1:32 pm

KENAPA boleh berlaku letupan di dalam ekzos? Keadaan ini amat
membimbangkan, lebih-lebih lagi ketika kita sedang memandu laju di
lebuh raya.


Sebenarnya masalah ini berlaku kera-na pembakaran yang berlaku di luar
enjin apabila campuran petrol-udara tidak terbakar dengan sempurna,
maka beberapa bahagian petrol itu akan keluar dari silinder bersama
asap ekzos sebelum ia sempat terbakar.

Disebabkan suhu sangat tinggi, apabila ia bertemu dengan udara di dalam
ekzos, besar kemungkinan akan terjadi pembakaran dan letu-pan.

Punca berlaku sedemikian biasa-nya disebabkan campuran petrol dan udara yang terlalu banyak serta kegagalan penyalaan yang baik.

Apabila palam pencucuh tidak berfungsi dengan baik, petrol yang tidak
terbakar akan keluar bersama lebihan gas apabila ada injap pembuangan
yang tidak tertutup dengan sempurna sehingga ada petrol yang keluar
sebelum sempat terbakar.

Injap tidak akan tertutup apabila rosak atau celah laluan injapnya
tidak tepat. Bawa kenderaan ke bengkel untuk menyelaraskan semula celah
injap itu.

Selain pembakaran di luar, bunyi enjin yang pelik juga membimbangkan apatah lagi jika tidak diketahui penyebabnya.

Bagaimana kita hendak membezakannya dan adakah bunyi itu boleh dibiarkan saja demikian atau perlukan pembaikan segera?

Biasanya bunyi pelik enjin boleh terjadi disebabkan tali kipas rosak,
kebocoran arus elektrik pada kabel rentangan tinggi, berus suis pada
generator rosak, kekurangan pelincir pada sesondol pengagih, gear atau
tali penggerak gandar sesondol rosak, kekurangan pelincir pada alas
pam, ketukan pembakaran dan enjin rosak.

Secara asasnya boleh dikatakan bahawa enjin akan mengeluarkan bunyi halus apabila semua bahagiannya berada dalam keada-an baik.

Tidak semua bunyi yang kedengaran menunjukkan tanda kerosakan enjin
yang cukup berat, tetapi ada kalanya tanda itu menunjukkan kerosakan
yang jika tidak diatasi segera akan membawa padah yang lebih teruk.

Oleh itu, sebaiknya periksalah kende-raan anda di bengkel apabila mendapati adanya kelainan bunyi daripada biasa.

Biasanya apabila enjin mengeluarkan bunyi pelik, ia adalah tanda awal
terjadinya kerosakan. Apabila bunyi enjin begitu mengerikan segera
mati-kan enjin dan tarik ke bengkel.

Untuk mencari bunyi kerosakan berkenaan, bagi mekanik profesional
mereka menggunakan stetoskop dan bunyi pelik berkenaan dapat dicari dan
dibezakan dengan mudah.

Akan tetapi bagi pengguna biasa macam kita yang tidak ada stetoskop,
sebaliknya gunalah tongkat kayu dan letaklah hujungnya pada bahagian
enjin yang dijangka mengeluarkan bunyi pelik itu. Sementara pangkalnya
diletakkan di telinga anda.
Back to top Go down
https://monstercrew1.forumms.net
pirate
Moderator
Moderator
pirate


Male Number of posts : 2047
Location : Labuan-Sabah
Car : kancil stendet gaban

Punca ekszos keluarkan bunyi letupan Empty
PostSubject: Re: Punca ekszos keluarkan bunyi letupan   Punca ekszos keluarkan bunyi letupan Icon_minitimeWed Jun 24, 2009 5:34 pm

bagus inpo ni tau...Tq...keta aku pun selalu meletop eksosnya bila injin masih sejuk..kalo blast kumpum karipappp...papppp..papp....
Back to top Go down
CLASSIC
Geng
Geng
CLASSIC


Male Number of posts : 151
Age : 34
Location : P'NUMB'PUNK
Car : nissanPATROL

Punca ekszos keluarkan bunyi letupan Empty
PostSubject: Re: Punca ekszos keluarkan bunyi letupan   Punca ekszos keluarkan bunyi letupan Icon_minitimeWed Jun 24, 2009 5:41 pm

kalu time change gear?
malatop2 2 exhaust
Back to top Go down
Guest
Guest




Punca ekszos keluarkan bunyi letupan Empty
PostSubject: Re: Punca ekszos keluarkan bunyi letupan   Punca ekszos keluarkan bunyi letupan Icon_minitimeWed Sep 02, 2009 11:28 pm

gud info..
Back to top Go down
Sponsored content





Punca ekszos keluarkan bunyi letupan Empty
PostSubject: Re: Punca ekszos keluarkan bunyi letupan   Punca ekszos keluarkan bunyi letupan Icon_minitime

Back to top Go down
 
Punca ekszos keluarkan bunyi letupan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» bunyi penyengat...
» bunyi kapal terbang
» Mana Korang Suka.. wofer bunyi Tukul atau Dengung?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MonsterCrew :: MonsterCrew Tea House :: Car Performance :: Tips & Informasi-
Jump to: