MonsterCrew
[color:=yellow][center:][i:][b:]Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting this forum. Enjoy here!!!

UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ 010[/b:][/i:][/center:][/color:]
MonsterCrew
[color:=yellow][center:][i:][b:]Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting this forum. Enjoy here!!!

UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ 010[/b:][/i:][/center:][/color:]
MonsterCrew
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
PortalHomeLatest imagesRegisterLog in

 

 UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

Go down 
2 posters
AuthorMessage
AD3R
Administrator
Administrator
AD3R


Male Number of posts : 4748
Age : 39
Location : Japan Island
Car : Kancil Belalang Daihatsu L2s

UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ Empty
PostSubject: UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ   UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ Icon_minitimeWed Jul 08, 2009 10:48 am

Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri kesetabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti:

* Pemasangan "air spoiler'' dibahagian hadapan dan belakang.
* Pemasangan ''side skirt'', ''aerofoil'' dan ''door visor'' pada kereta.
* Pemasangan ''protecting guards'' pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
* Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiotor,bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu.
* Pengubahsuaian kecil dan melebarkan jarak tayar atau penahan lumpur.
* Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (samaada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.
* Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
* Pemasangan para bumbung.
* Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).
* Pemasangan sun roof diatas bumbung.
* Pemasangan sportlight atau lampu halogen (berwarna putih atau kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada.



Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles (Construction and Use) Rules 1959 atau Motor Vehicles (Construction, Equipment and Use) Rules 1988.

Contohnya:-

-Sekiranya air spoiler, aerofoil atau side skirt dipasang, ianya tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.

-Sekiranya door visor dipasang, ianya tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.

-Sekiranya rim atau tayar lebar digunakan, ianya mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau mudflaps.

-Sekiranya protecting guards dipasang, ianya tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan. Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm. Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.

-Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang, lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan.

-Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.

-Sekiranya para bumbung dipasang, ianya tidak boleh melebihi panjang bumbung, atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teratas para bumbung.

-Pemasangan alat kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan

-Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.

-Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau.

-Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.

-Pemasangan spot light di bahagian belakang kereta.

-Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70%.

Nota: Walau bagaimanapun, penggunaan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan boleh dibenarkan.
Back to top Go down
https://monstercrew1.forumms.net
saa8192w
Geng
Geng
saa8192w


Male Number of posts : 352
Age : 38
Location : Pitas
Car : Toyota Avanza

UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ Empty
PostSubject: Re: UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ   UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ Icon_minitimeSun Jul 12, 2009 9:34 am

wow buli tahan detail ni tuan... bagusnya
Back to top Go down
 
UBAHSUAI YANG "TIDAK" MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» UBAHSUAI KERETA YANG MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ
» Punca pendingin hawa tidak berfungsi
» kasi up elektrik keta supaya tidak drop masa blast sound..
» Cara menyimpan kereta dalam tempoh yang lama
» MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN YANG LUMAYAN BERSAMA KAMI

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MonsterCrew :: MonsterCrew Tea House :: Car Performance :: Tips & Informasi-
Jump to: