MonsterCrew
[color:=yellow][center:][i:][b:]Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting this forum. Enjoy here!!!

[img:]https://i11.servimg.com/u/f11/11/81/72/85/010.png[/img:][/b:][/i:][/center:][/color:]



 
PortalHomeFAQRegisterLog in

Share | 
 

 Punca kereta hilang pecutan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
AD3R
Administrator
Administrator


Male Number of posts : 4748
Age : 31
Location : Japan Island
Car : Kancil Belalang Daihatsu L2s

PostSubject: Punca kereta hilang pecutan   Wed Jun 24, 2009 1:31 pm

SETIAP kali enjin tidak mengeluarkan daya penuh, tumpuan hanya diberi
kepada masalah pada enjin, sedangkan dalam banyak keadaan, cekam atau
brek yang bergesel menjadi puncanya. Biasanya, kerosakan sebegini
terjadi kepada enjin yang sudah tua. Justeru, gejala ini kurang terjadi
kepada kenderaan yang berjalan kurang daripada 100,000 kilometer.

Harus diingat, ada beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan
itu, iaitu sama ada sambungan sistem batang pendikit (throttle) dari
pedal petrol ke karburetor kurang baik, elemen daripada penapis udara
kotor atau tersumbat dan saat penyalaan terlalu lambat.

Kerosakan pada saluran minyak

KEROSAKAN pada saluran minyak dalam karburetor dan pengatur saat
penyalaan pada distributor tidak berfungsi dengan baik turut
mempengaruhi prestasi pecutan sesebuah kereta.

Berikutan itu apa yang perlu dilakukan ialah membuat beberapa pemeriksaan pada bahagian enjin kenderaan.

Mula-mula, anda perlu memeriksa batang yang menghubungkan pedal petrol
dengan karburator iaitu dengan memeriksa katup petrol (throttle) sama
ada terbuka atau tertutup apabila pedal petrol dipijak dan dilepaskan
kembali. Bagaimanapun, jika ada pasak sambungan yang sudah haus
(sehingga sambungannya longgar), untuk sementara waktu keadaan itu
dapat diperbaiki dengan menggunakan kawat atau pembalut getah.

Penapis udara tersumbat

KEMUDIAN anda perlu memeriksa penapis udara sama ada ia tersumbat.
Apabila ternyata bahawa elemen penapis udara agak kotor, maka ia
menunjukkan bahawa penapis udara itu tersumbat dan ia perlu dibersihkan
segera. Ada dua jenis penapis udara iaitu penapis jenis kertas dan
penapis dengan minyak. Cara membersihkan setiap jenis penapis adalah
berbeza dan perlu dilakukan dengan cermat.

Sekiranya penapis udara itu sudah lama digunakan, langkah terbaik
adalah menukarnya kepada penapis baru supaya pengedaran udara dalam
enjin lebih lancar.

Selain itu, pembaikan kecemasan terhadap kerosakan yang terjadi akibat
kemasukan petrol yang terlalu banyak atau terlalu sedikit dan kerosakan
pada paip petrol serta kerosakan pada alat (vakum) pengatur saat
penyalaan turut menjadi punca kepada masalah itu.

Penyalaan enjin tidak tepat
PENGGUNA kereta harus sedar dan sentiasa mengambil tahu apabila
berhadapan dengan masalah prestasi pecutan kereta tidak memuaskan.
Minta bantuan mekanik untuk memeriksa sistem penyalaan, penyaluran
petrol kurang tepat atau tersumbat, enjin terlalu panas, kerosakan
cekam (clutch), brek ketat atau tekanan enjin tidak cukup.

Justeru, bila berhadapan dengan keadaan itu pemeriksaan terhadap
puncanya dan pembaikan kecemasan boleh dilakukan, sama ada melakukan
memeriksa sendiri (jika tahu) atau memanggil mekanik.

Periksa sama ada penyalaan enjin kereta sudah tepat. Ini dilakukan
dengan memeriksa palam pencucuh. Apabila nyalaan elektrik yang terjadi
terlalu lemah atau tidak teratur, bukalah penutup pengagih dan
periksalah suis penutup arus.

Sistem penyaluran petrol

PERIKSA sama ada sistem penyaluran petrol dalam keadaan baik. Apabila
petrol yang mengalir ke dalam silinder tidak sesuai dengan yang
diperlukan (terlalu banyak atau terlalu sedikit) keadaan itu boleh
menyebabkan terjadinya campuran petrol dan udara kurang sempurna,
sehingga keupayaan enjin akan berkurangan.

Selain itu, perlu juga periksa sama ada penapis udara tersumbat oleh
kotoran. Periksa juga sama ada injap udara (choke) berada dalam keadaan
tertutup.

Masalah enjin tidak menghasilkan daya penuh juga terjadi apabila enjin
terlalu panas. Periksa juga adakah cekam rosak atau brek bergesel.
Adakalanya enjin tidak mengeluarkan daya penuh bukanlah berpunca
daripada masalah enjin itu sendiri.

Cekam rosak atau brek yang bergesel menyebabkan keupayaan enjin tidak
dapat disalurkan dengan baik sehingga menyebabkan gejala yang sama
dengan keadaan enjin tidak mengeluarkan daya penuh

_________________
[center][img]https://i89.servimg.com/u/f89/13/99/60/29/vip_mc12.png[/img][/center]
Back to top Go down
http://monstercrew1.forumotion.com
saa8192w
Geng
Geng


Male Number of posts : 352
Age : 31
Location : Pitas
Car : Toyota Avanza

PostSubject: Re: Punca kereta hilang pecutan   Mon Jun 29, 2009 12:44 pm

ada kalanya punca engin kurang pecut kerana servicing engin tak mengikut jadual.. sama ada lebih km taw lebih masa (bulan) yang ditetapkan untuk service pun buat engin hilang kuasa.. so penggunaan minyak pelincir (motor oil) juga sangat penting untuk memastikan engin lancar.. myb full syntct lagi baik kot?
Back to top Go down
codeng
Geng
Geng


Number of posts : 171

PostSubject: Re: Punca kereta hilang pecutan   Wed Jul 01, 2009 1:24 am

[quote:b634="saa8192w"]ada kalanya punca engin kurang pecut kerana servicing engin tak mengikut jadual.. sama ada lebih km taw lebih masa (bulan) yang ditetapkan untuk service pun buat engin hilang kuasa.. so penggunaan minyak pelincir (motor oil) juga sangat penting untuk memastikan engin lancar.. myb full syntct lagi baik kot?[/quote]
fully sttc utk enjin stended??ekeke
manala mampu...
Back to top Go down
pirate
Moderator
Moderator


Male Number of posts : 2047
Location : Labuan-Sabah
Car : kancil stendet gaban

PostSubject: Re: Punca kereta hilang pecutan   Wed Jul 01, 2009 4:43 pm

gud inpo....

_________________
<a href=http://kcoc.forumms.net/advertise-your-add-here-now-f2/promosi-chery-for-life-t333.htm#5047>[img]http://i308.photobucket.com/albums/kk329/emanrina_kcar2/signaturechery.gif[/img]</a>


[b]MONSTERCREW LABUAN
KCAR OWNERS CLUB (KCOC)
[/b]

Lawati la laman web kami:

http://kcoc.forumms.net/
Back to top Go down
hAgImArU
Moderator
Moderator


Male Number of posts : 2613
Age : 34
Location : kk-b0p0t-plut0
Car : k@n$!l

PostSubject: Re: Punca kereta hilang pecutan   Wed Jul 01, 2009 5:58 pm

ya info ni..
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Punca kereta hilang pecutan   Today at 7:14 am

Back to top Go down
 
Punca kereta hilang pecutan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MonsterCrew :: MonsterCrew Tea House :: Car Performance :: Tips & Informasi-
Jump to: