MonsterCrew
[color:=yellow][center:][i:][b:]Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting this forum. Enjoy here!!!

[img:]https://i11.servimg.com/u/f11/11/81/72/85/010.png[/img:][/b:][/i:][/center:][/color:]



 
PortalHomeFAQRegisterLog in

Share | 
 

 Periksa brek setiap 6 bulan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Periksa brek setiap 6 bulan   Tue Feb 02, 2010 4:29 pm

PEMERIKSAAN dan penjagaan sistem brek kenderaan antara rutin penting yang perlu dilakukan pemilik kenderaan untuk mengelakkan sebarang kecelakaan berlaku ketika memandu.

Ikuti beberapa panduan berikut untuk rujukan anda:

* Sebulan sekali periksa paras minyak brek kereta anda. Pastikan ia minyak berada pada paras antara minimum dan maksimum. Jangan memandu sekiranya paras minyak brek di bawah paras minimum.

* Setiap enam bulan ketika hendak menukar tayar kereta periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal.

Sekiranya mendapati pelapik brek sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek.

Kemungkinan tekanan dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini bahaya kepada pemanduan, terutama ketika membrek dalam kelajuan tinggi. Perkara sama perlu dilakukan kepada brek dram.

* Sekiranya suka memandu laju dan agresif, tukar pelapik brek kereta kepada yang tahan panas.

Pastikan menukar sistem saluran minyak brek anda kepada saluran lebih baik. Ini untuk memastikan sistem brek kereta berfungsi dalam tekanan tinggi, suhu tinggi dan tindak balas lebih cepat apabila pemijak ditekan.

Kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek mengalami kerosakan, terutamanya pelapik yang diperbuat daripada getah.

* Sekiranya terdapat kesan calar pada cakera dram, minta mekanik menilai sama ia sesuai lagi atau tidak. Jika hendak menukar pelapik brek dicadangkan asah kembali cakera atau tukar dram kepada yang lebih baik. Kesan calar boleh menjadi penghalang pelapik brek untuk mencengkam cakera atau dram.

* Kerosakan selalu berlaku adalah brek tersekat. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan mencengkam cakera. Kerosakan angkup yang mengawal pelapik brek.

* Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek di mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran kecil boleh menjadi besar ketika membrek kerana tekanan dikenakan atasnya.

* Untuk kereta dengan transmisi automatik, pelapik brek hadapan lebih cepat haus berbanding belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya).

* Sekiranya anda ingin mengubah suai sistem brek kereta pastikan mendapat kebenaran bertulis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita melindungi anda sekiranya kemalangan berlaku. Ia disebabkan sistem brek dan sistem brek anda ditukar tanpa kebenaran JPJ.

* Semasa memandu elakkan kaki sentiasa berada atas pemijak brek. Ini boleh menjimatkan penggunaan pelapik brek.

* Ketika menuruni bukit curam jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan gear rendah untuk mengawal kelajuan kereta anda.

* Ketika menambah minyak brek, pastikan spesifikasinya betul. Dot 3 untuk kegunaan biasa untuk kereta yang mempunyai cakera depan dan dram belakang. Dot 4 untuk kereta mempunyai sistem empat roda cakera dan kereta berkuasa tinggi.
Back to top Go down
 
Periksa brek setiap 6 bulan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Cadangan Konvoi dalam bulan 5 /6,Please Vote and Dont Spamming

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MonsterCrew :: MonsterCrew Tea House :: Car Performance :: Tips & Informasi-
Jump to: