MonsterCrew
[color:=yellow][center:][i:][b:]Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting this forum. Enjoy here!!!

[img:]https://i11.servimg.com/u/f11/11/81/72/85/010.png[/img:][/b:][/i:][/center:][/color:]



 
PortalHomeFAQRegisterLog in

Share | 
 

 berapa selamatkah.....

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
tombiruo
Moderator
Moderator


Number of posts : 747
Location : republicka of maruduka

PostSubject: berapa selamatkah.....   Thu Jan 21, 2010 9:23 am

Berapa selamatkah selamat?

Beberapa orang bertanyakan kepada saya tentang selamatkah kereta yang diubahsuai dan tak kurang juga yang menegur hobi saya yang terlalu minat dengan kereta, kelajuan, berlumba dan modifikasi. Soalnya tentang berapa selamatkah selamat (how safe its safe?) kereta-kereta yang diubahsuai ini dan berapa selamatkah jika kita berlumba. Sekarang mari kita lihat kedua-dua aspek ini dari pemikiran yang waras dan rasional.



Selamatkah kereta yang diubahsuai?

Mengubahsuai kereta dengan enjin-enjin besar adalah satu perkara yang lumrah. Samada untuk laju suka-suka sebab banyak duit, menunjuk-nunjuk kat kawan-kawan, berlumba, halal atau haram, ataupun sebab enjin kilang yang memang tidak boleh blah langsung, jenis kena tutup aircond baru boleh potong lori.

Jadi berapa selamatkah selamat? Selamat adalah tentang bagaimana kita membuat kereta supaya jadi selamat. Untuk kereta biasa-biasa macam kereta anda dan saya yang tidak ada airbag, ABS dan mana mana program penstabil elektronik (traction control, electronic stability programme dan lain-lain) selamat adalah bergantung kepada cara pemanduan dan gaya mentafsir orang lain memandu.

Orang-orang kaya mungkin memandang sinis Waja Evo atau Kancil L2. Tetapi jika anda lihat pada realiti sebenar, Kancil standard itu lebih bahaya jika ianya jenis yang dipandu untuk perjalanan jauh berbukit. Kalau dengan L200 turbo, Bukit Putus tu selamba je boleh panjat dengan gear tiga, kalau kereta standard mungkin membahayakan Estima di belakang yang tiba-tiba terpaksa membrek sebab tiba-tiba ada sebijik Kancil yang terhegeh-hegeh memanjat bukit dengan penumpang lima orang. Jadi berapa selamatkah selamat?

Adakah Kancil keluar kilang tidak selamat? Memang tidak selamat pun. Tapi dengan mengambil kira situasi di Malaysia yang mana makin hari lebih ramai yang suka membeli kereta, maka Kancil adalah pilihan mereka yang kurang berkemampuan. Mereka mungkin selamat menaiki bas, tetapi apa salahnya membeli sebuah kereta yang cuma RM250 sebulan loan sembilan tahun? Rasa-rasanya silap siapa?



Selamatkah berlumba?

Berlumba ada berbagai jenis risiko. Kalau di jalanraya, memang tidak selamat langsung. Ia seperti membaling segumpal paku ke udara dan kemudian lari untuk elakkan paku itu. Kalau nasib baik tidak kena cucuk, tapi kalau nasib tak baik, tercucuk dari atas dan terpijak di bawah. Risikonya tidak dapat diduga. Walaupun adrenalinnya memang terbaik, tapi kalau eksiden, gerenti menyesal tak sudah.

Bermain di trek adalah tempat yang bagus. Tapi seperti juga masalah anda dan saya, kita tidak mampu untuk menyewa Sepang sendirian. Kita terpaksa berkongsi dengan orang lain. Itupun berapa ramai rakan kongsi yang mempunyai minat yang sama? Tapi untuk apa juga alasan, berlumba di litar adalah tempat yang paling selamat. Kalau berpusing ada rumput, kalau terbabas ada pasir, kalau terlepas selekoh ada barrier. Di depan trafiknya sehala, dan yang berlumba adalah jenis yang datang untuk berlumba, bukan untuk bercinta dan terpinga-pinga kepala keluar tingkap mencari alamat.

Suka juga untuk saya ingatkan, selamat di litar adalah bergantung kepada kemampuan setiap individu. Setiap orang lahir dengan bakat dan kemahiran yang berbeza. Pemandu yang bagus adalah pemandu yang dilatih, bukan lahir lahir kedebuk terus jadi terer. Latih ialah kemahiran semua deria untuk meningkatkan tahap respons, dibantu dengan teknik pemanduan yang betul. Jadi itulah kemahiran yang membolehkan pemanduan menjadi selamat.

Jadi, berapa selamatkah selamat? Sangat subjektif, tapi secara asasnya ialah apa yang cuba saya kongsikan bersama. Tapi kalau anda betul-betul nak rasa selamat. Beli Coke dengan popcorn, duduk umah tengok tv
Back to top Go down
http://www.bintang3.net , gunungonline.com
Guest
Guest



PostSubject: Re: berapa selamatkah.....   Thu Jan 21, 2010 6:50 pm

inpo yg mntapss!! lepas ne aq mo beli injin L2s la..nda slamat injin 66o aq..
Back to top Go down
tombiruo
Moderator
Moderator


Number of posts : 747
Location : republicka of maruduka

PostSubject: Re: berapa selamatkah.....   Fri Jan 22, 2010 10:05 am

[quote:a4ae="jai"]inpo yg mntapss!! lepas ne aq mo beli injin L2s la..nda slamat injin 66o aq..[/quote]

aku nek bas jakla... sambil mkn popcorn .. kekekekke
Back to top Go down
http://www.bintang3.net , gunungonline.com
Guest
Guest



PostSubject: Re: berapa selamatkah.....   Fri Jan 22, 2010 6:21 pm

siuk lg nek bas..duduk pling belakang smbil bekapit sma ciwik..
Back to top Go down
The Rock
-Admin-
-Admin-


Male Number of posts : 2811
Location : WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Car : RED LINE EVO

PostSubject: Re: berapa selamatkah.....   Wed Feb 03, 2010 11:09 am

[color:e409=cyan]wuiiiiii!!!!! kita cita pasal c selamat bah buzz.... pa cita pasal mengapit sama ciwik pl ni ....

kalu d ambil kira kereta ubahsuai dgn kereta standard, yg mn paling bnyk d dlm carta malaysia book of record trlibat dgn kemalangan jalan raya ....??? sdh semestinya kereta standart bah kan. jd knpa mo d salah kan pl kereta ubah suai ni tdk selamat ....??? cuba korang tanya pd c kasim selamat ... pasti ia akan cakap, kereta ubahsuai tdk selamat. knpqa mesti mcm tu ...?? asal kan bukan kereta potong sdh .....[/color]

_________________
[b]Wira Red Line Evolution 8[/b]
[b]BORN TO BE WILD
Revenge Team @ Monstercrew Labuan
www.revenge.forumms.net[/b]
[img]https://i61.servimg.com/u/f61/13/91/99/66/ssm11410.jpg[/img]
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: berapa selamatkah.....   Wed Feb 03, 2010 6:50 pm

haha..leks bha busku..mana2 pun slamat bha..asalkan dreber 2 pandu berhati2..stendet ka modified ka lau xda nsib?mcmana?malang xberbau..
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: berapa selamatkah.....   Today at 9:56 am

Back to top Go down
 
berapa selamatkah.....
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MonsterCrew :: MonsterCrew Tea House :: Car Performance :: Tips & Informasi-
Jump to: