MonsterCrew
[color:=yellow][center:][i:][b:]Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting this forum. Enjoy here!!!

[img:]http://i11.servimg.com/u/f11/11/81/72/85/010.png[/img:][/b:][/i:][/center:][/color:]



 
PortalHomeFAQRegisterLog in
Share | 
 

 Cara mengekalkan kilauan kereta

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Cara mengekalkan kilauan kereta   Sat Dec 26, 2009 11:05 am

MEMANG ada orang malas membasuh kereta dengan alasan tiada masa. Kebanyakannya menghantar ke tempat cucian kereta dan membayar antara R5 dan RM10 sekali cucian. Ada juga yang tidak berminat menjaga kebersihan bahagian dalam kereta hingga ada kanak-kanak menyindir sarang tikus’ dengan surat khabar, selipar, plastik dan bungkus gula-gula berselerak di sana-sini.

Namun, ramai juga yang rajin mencuci kereta sekurang-kurangnya seminggu sekali sambil melihat minyak hitam, air bateri, tekanan tayar dan tar pada badan kereta. Bagi mereka, membasuh sendiri menimbulkan kepuasan selain kerja itu adalah satu senaman.

Sebenarnya, kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan tidak berseri.

Elak guna sabun basuh

Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur. Ia berkaitan dengan kepekaan anda, sama seperti anda menjaga kesihatan tubuh badan. Yang penting ialah mencuci kereta dengan kerap kerana ia boleh menghindarkan kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta daripada terlekat habuk, terutama yang boleh menyebabkan karat.

Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci bahagian luar dan dalam sekali dalam masa satu atau dua minggu. Apabila mencuci kereta, bahan cucian yang digunakan juga perlu dipilih dengan berhati-hati.

Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada kereta.

Anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana bahan pencuci itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat. Untuk memudahkan cucian, gunakanlah kain lembut atau span. Anda perlu menyiram kenderaan dengan air yang banyak bagi menghilangkan buih sebelum dikeringkan dengan kain bersih.

Pilih bahan pengilat bermutu

Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta yang menggunakan bahan pengilat selepas mencuci untuk menjadikan cat kereta lebih berkilat. Bahan pengilat mampu menghapuskan kekotoran yang melekat pada badan kereta.

Bagaimanapun, anda perlu memilih bahan pengilat yang sesuai dengan kereta anda, sama ada menggunakan cat biasa atau ######lik. Teknik mengilat kereta juga harus dipelajari bagi memastikan penggunaan bahan itu selaras dengan harganya.

Pastikan bahan pengilat diletakkan pada kain bersih. Selepas itu gosokkan secara sama rata pada permukaan kereta. Sebaik-baiknya anda melakukan gosokan dengan gerakan bulatan. Anda perlu menunggu beberapa minit sehingga bahan pengilat yang melekat pada bahagian yang disapukan itu bertukar warna keputihan sebelum ia digosok untuk kali kedua.

Panduan paling penting ialah jangan sekali-kali menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran matahari terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan.

Hati-hati mencuci enjin

Selalunya, pemilik kereta hanya menumpukan perhatian terhadap penjagaan bahagian luaran kereta. Mereka sering kali meninggalkan bahagian dalam kereta yang turut mencerminkan kebersihan sesebuah kereta.

Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian yang bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air dan habuk.

Jika anda membiarkannya, lama kelamaan ia boleh meninggalkan kesan karat yang teruk. Pembersihan optimum pastinya merangkumi seluruh komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin. Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati jika mahu membersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air.
Back to top Go down
The Rock
-Admin-
-Admin-


Male Number of posts: 2811
Location: WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Car: RED LINE EVO

PostSubject: Re: Cara mengekalkan kilauan kereta   Wed Feb 03, 2010 11:00 am

[color:a4d8=cyan]wahhh!!!!!!!!!!.... sunyi jg d ruangan topik ni ..... mungkin yg lain tdk brminat kot. pa pun .... d cni sia kongsikan brsama cara penjagaan badan kereta agar sentiasa nampak bersih dan brsinar. OK .....

cara utk mnjg badan kereta agar sentiasa bersih dan bersinar adalah dgn cara membasuh dgn menggunakan sabun pencuci kereta jenis wax dan slps d sabun td, kita siram dgn air shingga hilang sabun wax td dr badan kereta dan kemudian kita lap badan kereta hingga kering.
selps kerja mengeringkan badan kereta kita kena gunakan polish yg jg dr jenis wax. sblm itu .. pastikan kereta anda tdk d jemur d bawah cahaya matahari ketika kerja polish body. letak kan kereta anda d tmpt yg redup. lakukan kerja polish jenis wax tadi keseluruh body kereta anda. utk pengetahuan anda jg, .... polish jenis wax ini tdk meninggalkan habuk polish. gunakan kain halus yg kering ketika mempolish. dan setelah selesai mempolish seluruh body kereta, gunakan satu lg kain halus yg bersih utk melap keseluruhan body kereta anda. nah sekarang anda ble melihat hasilnya. ia d jamin brsih dan brkilau apa lg bl trkena pancaran matahari jg dpt mengekalkan keaslian warna sebenar.[/color]

_________________
[b]Wira Red Line Evolution 8[/b]
[b]BORN TO BE WILD
Revenge Team @ Monstercrew Labuan
www.revenge.forumms.net[/b]
[img]http://i61.servimg.com/u/f61/13/91/99/66/ssm11410.jpg[/img]
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: Cara mengekalkan kilauan kereta   Wed Feb 03, 2010 6:55 pm

huhu..topic2 bgini n sewaktu dgnya mmg suma sunyi ne..gud inpo from the rock..
Back to top Go down
The Rock
-Admin-
-Admin-


Male Number of posts: 2811
Location: WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Car: RED LINE EVO

PostSubject: Re: Cara mengekalkan kilauan kereta   Fri Feb 05, 2010 11:27 am

[color:bb8a=cyan]kebnykan pemilik kereta lebih suka hantar kereta durang pi carwash. itulah sbbnya durang kurang brminat tips2 penjagaan keserian kereta ni. mungkin jg kalik tu arrrrr .....????[/color]

_________________
[b]Wira Red Line Evolution 8[/b]
[b]BORN TO BE WILD
Revenge Team @ Monstercrew Labuan
www.revenge.forumms.net[/b]
[img]http://i61.servimg.com/u/f61/13/91/99/66/ssm11410.jpg[/img]
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: Cara mengekalkan kilauan kereta   Fri Feb 05, 2010 12:04 pm

ya..ada mungkinya jga..
Back to top Go down
 

Cara mengekalkan kilauan kereta

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Tips menjaga battery kereta
» macam MANA MAU TAU KERETA TU PERNAH EKSIDEN ATAU TIDAK??
» Dua benda tidak perlu approved PUSPAKOM
» Apa cara kasi kuat karan kereta??
» Info pendingin hawa kereta anda

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MonsterCrew ::  ::  :: -