MonsterCrew
[color:=yellow][center:][i:][b:]Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting this forum. Enjoy here!!!

TIPS PENJAGAAN GEAR BOX 010[/b:][/i:][/center:][/color:]
MonsterCrew
[color:=yellow][center:][i:][b:]Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting this forum. Enjoy here!!!

TIPS PENJAGAAN GEAR BOX 010[/b:][/i:][/center:][/color:]
MonsterCrew
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
PortalHomeLatest imagesRegisterLog in

 

 TIPS PENJAGAAN GEAR BOX

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Guest
Guest




TIPS PENJAGAAN GEAR BOX Empty
PostSubject: TIPS PENJAGAAN GEAR BOX   TIPS PENJAGAAN GEAR BOX Icon_minitimeSat Dec 26, 2009 6:00 pm

Tips penjagaan gear box



Kali ini saya kongsikan pengetahuan saya mengenai cara penjagaan gearbox manual dan auto.
Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak enjin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam enjin akan dibuang bagi mengelakkan enjin dan gear box terhakis.Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.Bagi manual, setiap 40,000
atau 50,000 km tukar minyak gear box anda.
Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam
keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta).

Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clutch. In boleh memendekkan jangka hayat clutch plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'. Laraskan paras clutch supaya berada dalam
keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik).

Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu (terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar enjin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan
maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan
maksimum ini. Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu
P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang
kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta
kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk
kegunaan kelajuan rendah (bergantung pada jenis kereta).



Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gearbox yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras
minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup.Setiap kali kita menukar clutch plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clutch plate. akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa
pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut',kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).
Back to top Go down
Pemilik C Putih
Monster Bronze
Monster Bronze
Pemilik C Putih


Number of posts : 39

TIPS PENJAGAAN GEAR BOX Empty
PostSubject: Re: TIPS PENJAGAAN GEAR BOX   TIPS PENJAGAAN GEAR BOX Icon_minitimeTue Jan 05, 2010 8:52 pm

gearbox aku mcm ada masalah..bila tarik gear2 msuk gear3 keras pula..sangkut2 ni..knapa tu jai?
Back to top Go down
Guest
Guest




TIPS PENJAGAAN GEAR BOX Empty
PostSubject: Re: TIPS PENJAGAAN GEAR BOX   TIPS PENJAGAAN GEAR BOX Icon_minitimeTue Jan 05, 2010 9:00 pm

minta tukar gearbox L2 suda 2..huhu
Back to top Go down
A.C.A.B
Kaki Gaduh
Kaki Gaduh



Male Number of posts : 1710
Age : 39
Location : Felda Taib Andak, Johor
Car : Van Mayat

TIPS PENJAGAAN GEAR BOX Empty
PostSubject: Re: TIPS PENJAGAAN GEAR BOX   TIPS PENJAGAAN GEAR BOX Icon_minitimeWed Jan 06, 2010 1:03 pm

cayalah jai juga arapan

jai kalo gearbox tiba2 jtuh p jalanraya time mo tukar gear

apa hrus sya buat?
Back to top Go down
Guest
Guest




TIPS PENJAGAAN GEAR BOX Empty
PostSubject: Re: TIPS PENJAGAAN GEAR BOX   TIPS PENJAGAAN GEAR BOX Icon_minitimeWed Jan 06, 2010 6:39 pm

wkakakaka..kaC biar ja jalan trus jan pndang blakang tgk2 2 gearbox
Back to top Go down
Pemilik C Putih
Monster Bronze
Monster Bronze
Pemilik C Putih


Number of posts : 39

TIPS PENJAGAAN GEAR BOX Empty
PostSubject: Re: TIPS PENJAGAAN GEAR BOX   TIPS PENJAGAAN GEAR BOX Icon_minitimeThu Jan 07, 2010 2:47 pm

[quote:e806="A.C.A.B"]cayalah jai juga arapan

jai kalo gearbox tiba2 jtuh p jalanraya time mo tukar gear

apa hrus sya buat?[/quote]

haha..beli gearbox baru la jawpnya
Back to top Go down
Sponsored content





TIPS PENJAGAAN GEAR BOX Empty
PostSubject: Re: TIPS PENJAGAAN GEAR BOX   TIPS PENJAGAAN GEAR BOX Icon_minitime

Back to top Go down
 
TIPS PENJAGAAN GEAR BOX
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tips Penjagaan Radiator
» Tips Penjagaan Minyak Hitam dan Fungsi Mnyak Pelincir
» Penjimat Petrol & Penjagaan Bateri Kereta
» Ringkasan Penjagaan Aircond Kereta Anda
» Tips membeli spare part

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MonsterCrew :: MonsterCrew Tea House :: Car Performance :: Tips & Informasi-
Jump to: