MonsterCrew
[color:=yellow][center:][i:][b:]Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting this forum. Enjoy here!!!

Berhati-Hati ketika meredah jalan licin dan berair 010[/b:][/i:][/center:][/color:]
MonsterCrew
[color:=yellow][center:][i:][b:]Please log in or register before viewing unlimited contents in this forum. Thank you for visiting this forum. Enjoy here!!!

Berhati-Hati ketika meredah jalan licin dan berair 010[/b:][/i:][/center:][/color:]
MonsterCrew
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
PortalHomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Berhati-Hati ketika meredah jalan licin dan berair

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Berhati-Hati ketika meredah jalan licin dan berair Empty
PostSubject: Berhati-Hati ketika meredah jalan licin dan berair   Berhati-Hati ketika meredah jalan licin dan berair Icon_minitimeSat Dec 26, 2009 5:56 pm

Berhati-Hati ketika meredah jalan licin dan berair


CUACA di Malaysia tidak selamanya cerah. Ada ketikanya pemandu terpaksa meredah hujan lebat menyebabkan jalan licin dan becak. Ketika hujan lebat, pemandu perlu berhati-hati termasuk memperlahankan kenderaan dan tidak membrek sesuka hati terutama menggunakan tayar lama dan tidak berbunga.

Walaupun hujan memberi kelebihan baik kepada sistem penyejukan pada bahagian enjin kenderaan, namun cuaca seperti itu menyebabkan pandangan menjadi kurang jelas apa lagi permukaan jalan licin yang boleh mengakibatkan kemalangan.


PEMANDU perlu berwaspada apabila merempuh air supaya air tidak terpercik membasahi enjin, khasnya bahagian sistem penyalaan.



Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebagai panduan jika terpaksa meredah pada waktu hujan.

Pastikan bahagian bawah kenderaan tiada kebocoran manakala semua pintu mempunyai kedapan (seal) yang baik dan bahagian enjin, kotak gear dan galas (bearing) tidak berlaku kebocoran.

Sistem cekam (clutch system), sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik manakala .

Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman mantap manakala penggilap (wiper), hon dan sistem elektrik seperti bahagian lampu hadapan dan juga lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik.

Perkara yang perlu diberi perhatian ketika meredah jalan dinaiki air ialah memberi laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah tidak melebihi had tayar.

Sekiranya di bawah satu kaki tinggi, pemanduan boleh dilakukan tetapi harus ingat, pandu kenderaan anda secara perlahan yang boleh.

Ia bertujuan untuk mengelakkan percikan air membasahi enjin khasnya bahagian sistem penyalaan (ignition system).

Jangan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin basah dan pengguna lain terutama penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena percikan air.

Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan memandu laju kerana sistem brek anda tidak berfungsi sepenuhnya kerana permukaan brek basah.

Bagi mengatasi masalah ini, gunakan gear satu atau dua bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear satu bagi sistem automatik.

Tekan pedal minyak dan brek serentak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek.
Back to top Go down
 
Berhati-Hati ketika meredah jalan licin dan berair
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Daihatsu Mira L2 Moderno pujaan hati..

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MonsterCrew :: MonsterCrew Tea House :: Car Performance :: Tips & Informasi-
Jump to: